Tuesday, 24 May 2011

DAP rasist pencabar maruah 'Melayu'

DAP rasis ke UMNO rasis ?
by SYED AKHBAR ALI
MALAY CANDIDATES ON DAP

So, DAP still rasist ??

use your brain to think ! lainlah UMNO, MCA, MIC. ketiga-tiganya dah lama berbaur perkauman, DAP ada kesemua kaum ahlinya. tapi adakah UMNO ? MCA ? MIC ? fikir-fikirkan ! jangan ketatkan saliran darah otak anda di kala segala kesempitan sudah berlaku. tiada lagi 'method' lain BN untuk meneruskan propagandanya kecuali 3R, apa itu 3R ?

Seperti biasa kita lihat gerombolan akan mengheret apa sahaja termasuk satu "istana" untuk memiliki apa sahaja yang mereka mahu.Dalam isu ini gerombolan United Malays National Organisation menggunakkan taktik apa yang di panggil sebagai "3R". Sasaran utama formula 3R ini adalah untuk menyingkirkan Pakatan Rakyat dari terus menerajui pemerintahan dan berusaha untuk mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

APAKAH ITU 3R?

3R ialah formula taktik kotor yang diusahakan setelah taktik memujuk para pemimpin PAS serta usaha "merasuah" beberapa pemimpin PAS dengan jawatan menteri dalam kabinet menemui kegagalan.setelah kegagalan menawan selangor yang di dakwa mampu di tawan selepas kejatuhan kerajaan pakatan perak maka gerombolan menggunakan taktik "R" yang pertama iaitu "RACIST".

Credits to Pejuang Pro-Demokrasi :)

3R
1. Race
2. Religion
3. Royal

RACE
perasis yang berjaya api-apikan 13MEI dengan memasang strategi sejak dulu lagi..

Taktik "perkauman" di gunakan untuk menimbulkan kekacauan di negeri selangor dengan bermulanya perarakan kepala lembu dihadapan bangunan SUK negeri selangor dengan mendakwa bahawa pembinaan kuil yang berusia 150 tahun yang di pindahkan dari seksyen 19 ke sekyen 23 Shah Alam.

Dengan Taktik itu diharap supaya orang india terutamanya penganut hindujadi marah dan timbulkan perarakan besar - besaran dan seterusnya bergaduh dengan orang melayu.Ini akan memberi peluang kepada geng gerombolan untuk memohon pada sultan untuk mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negeri(Mageran)

Malangnya taktik R yang pertama tak berjaya ini kerana pemimpin - pemimpin Pakatan dengan pantas berjaya memetahkan usaha untuk menimbulkan sentiman perkauman ini dengan menenangkan masyarakat india terutamanya penganut hindu.Dan kerana ini gerombolan terpaksa beralih kepada Taktik "R" yang ke-2.


RELIGION - Dakwaan Kristian agama rasmi Politik jahat dan bahaya
[direct dengar dari mulut tuan punya badan yang kena, jangan dengar dari mulut buaya]


Taktik "R" yang kedua berharap agar ini akan menimbulkan sentimen yang lebih hebat yang ini dilihat akan menyentuh rasa sensitif khususnya orang melayu tapi sama seperti taktik "R" yang pertama tadi yang mana dalam perarakan kepala lembu kedua - dua taktik tadi berjaya di gembleng secara serentak.

Dalam perakan kepala lembu gerombolan bukan sahaja mensasarkan modus operandi kepada sentimen perkauman malah ia juga disasarkan kepada sentimen agama yang mana dalam perarakan tersebut agama hindu dan islam di jadikan sebagai "punch bag" dalam usaha cuba menimbul kekacauan dalam negeri selangor.

Dalam memainkan sentimen agama bukan sahaja agama hindu dan islam juga yang menjadi peluru gerombolan malah gerombolan juga menjadikan agama kristian juga sebagai mangsa dalam modus operandinya yang mana pada satu ketika isu kalimah allah di jadikan sebagai salah satu taktik pertempuran yang hebat.

Kita sendiri lihat bagaimana sebuah gereja di petaling jaya di bakar dengan menggunakan "molotov cocktail" yang di lontar ke dalam gereja tersebut dengan tujuan bahawa kali ini penganut kristian akan membalas dendam terhadap penganut islam dan kedua - dua penganut dari kedua - dua agama akan bertempur kerana pada masa yang sama gerombolan juga melemparkan kepala babi ke dalam sebuah masjid.

Tetapi segala - gala cubaan untuk membakar sentimen ini gagal apabila Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berjaya menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk memadamkan api yang telah di bakar oleh syaitan -syaitan gerombolandan dengan itu serangan sentimen agama berjaya di patahkan.

Namun gerombolan tak berhenti lagi untuk bermain dengan sentimen agama tapi melalui satu saluran lagi lain pula matlamat dan Modus operandinya yang mana kali ini bukan untuk mengacau- - bilaukan negeri pakatan tetapi mahu megumpil PAS keluar dari pakatan.Salah satu dari nya apabila gerombolan cuba mewujudkan pertikaian yang mana PAS sebuah wadah islam kini di lihat bersengkongkol dengan DAP yang kafir.

Tapi kali ini gerombolan cuba gunakan taktik berunding dengan pemimpin -pemimpin PAS dan termasuk lah cuba menggerakan semula idea bodoh kerajaan perpaduan tapi ia nampaknya tak berjaya dan kemudjia gerombolan pula berpindah dengan mewujukan dewan ulama UMNO dengan tujuan untuk menyaingi PAS.

4o ekor penyamun di katakan telah menyertai gerombolan.Mereka - mereka ini seperti dakwa gerombolan akan membuatkan PAS takkan tidur nyenyak kerana 40 ekor penyamun ini akan menggunakan gua batunya yang penuh dengan segala harta rompakan untuk membedil kapal frigate dewan ulama PAS.

Tetapi sesuatu kegemparan berlaku,Benar dan tepat sekali apa yang di dakwa gerombolan.40 ekor penyamun tadi berjaya buatkan PAS tidak tidur malam apabila satu parti PAS di laporkan bukan sahaja tidak nyenyak malah enggan tidur malam kerana ketawa berdekah - dekah apabila menyaksikan lawak bangang 40 ekor penyamun ini dengan geng gerombolannya.

Maka dengan itu tak "R" yang kedua telah gagal sama sekali kerana ini bukan sahaja kerana gagal mengacau - bilaukan negeri pakatan tak kerana pemimpin - pemimpin PAS sehingga kini dan sehingga artikel ini di tulis masih lagi tidak boleh tidur nyenyak di waktu malam kerana lawak bangang 40 penyamun ini masih tak berhenti.

ROYAL - RAJA-RAJA MELAYU
Setelah kedua - dua taktik "R" tadi gagal maka taktik "R" yang terakhir mengundang kejayaan pada gerombolan United Malays National Organisation.Gerombolan punya kelebihan mengusai Istana dan orang melayu punya ketaatan pada raja.Oleh itu peluang ini di manfaatkan oleh gerombolan untuk memperalatkan raja alam mencapai impian mereka.

Tak kira untuk merampas negeri - negeri dibawah pakatan mahupun mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Kita masih ingat apabila kepala mat khusrin di gunakan dalam cubaan untuk melaga - lagakan menteri besar selangor dengan sultan selangor.Khusrin di lantik sebagai SUK kerajaan negeri selangor.

Tetapi ia di lihat tidak begitu berjaya kerana Pakatan masih lagi memerintah dan punya sokongan khususnya dari orang melayu tetapi gerombolan sekali lagi menggunakan Raja dalam usaha dalam mengumpil PAS keluar dari Pakatan dan ianya di lihat membuah kan hasil.Dalam satu pertemuan di istana hinggap sultan terengganu di Kuala Lumpur melibatkan Yang di Pertuan Agong,Perdana Menteri danTimbalan Perdana Menteri .

Pertemuan tersebut turut di hadiri oleh Pemimpin - pemimpin PAS yang pro - Kerajaan Perpaduan dan Mursyidul Am PAS yang takkan bersengkongkol dengan gerombolan.Dalam pertemuan tersebut beberapa soalan di ajukan pada Tuan Guru Nik Aziz termasuk lah Isu kalimah Allah dan Perpaduan dengan Gerombolan.

Agong mahu PAS dan gerombolan bersatu demi perpaduan dan kesejahteraan Islam tetapi Tuan Guru buat apa nak bersatu dengan gerombolan sedangkan gerombolan lah yang selama ini banyak membunuh Ulama,jadi apa perlu nak berpadu dengan gerombolan.Tuan guru meninggal kan Istana Hinggap Terengganu di Kuala Lumpur ketika geng - geng PAS pro perpaduang masih berada di dalam Istana.

Jadi plan gerombolan seterusnya yang pasti akan mengembirakan para gerombolan dan geng - geng perpaduan dalam PAS ialah dengan meminta Agong supaya "bertitah" agar PAS dan Gerombolan bersatu demi kesejahteraan Islam.Ini sudah cukup buat PAS untuk melambaikan tangan serta mengucapkan selamat tinggal kepada rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat.

Raja juga di jadikan modus operandi yang terakhir oleh gerombolan dalam menyempurnakan semua plan - plan jahat yang tak jadi.Bukan sahaja mahu mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat malah sekalipun untuk menghalang Pakatan dari menubuhkan kerajaan meskipun telah memperoleh kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat.

Sebab itu semua pemimpin pakatan di ingatkan supaya jangan syok sendiri biarpun memperoleh 175 kerusi parlimen dalam dewan rakyat tapi jangan harap mat monggol akan membiarkan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ini kerana sekiranya perkara tersebut terjadi mat Monggol sudah pastinya berlari memanjat tangga istana dan meminta supaya Agong bertitah untuk mengantung Parlimen dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negara(Mageran) yang sudah pastinya akan di pengerusikan oleh mat monggol sendiri.

Ini bukan kisah dongeng Zaman moden kerana ini adalah Fakta Sejarah.Kita masih lagi ingat pada ketika rakyat membuat keputusan untuk menghumbankan gerombolan pada tahun 1969 dahulu.Mencanak - canak gerombolan pergi jumpa Agong untuk gantung parlimen seterusnya menubuhkan kerajaan Mageran maka tak mustahil gerombolan akan buat benda yang sama.

Oleh itu telah banyak kali LSS tegaskan biarpun saudara ADUKA TARUNA tetap mahukan berapa "percent" sama macam lagu dangdut "cintaku 100 percent" tapi kita semua harus sedar dan faham gerombolan takkan boleh di tumbang melalui kaedah pilihanraya,ini kerana untuk menamatkan riwayat gerombolan maka peristiwa Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan kebangkitan Rakyat Tusnisia harus di praktiskan di sini.

Ramai dah tahu TV3 penipu, kau masih percaya lagi ke ?


RON95 pun naik jugak, Kerajaan Tak Peduli Beban Rakyat




Dari KeadilanDaily

Kerajaan memang tidak pernah memegang janji berhubung soal kenaikan barangan dan terbaru petrol RON 95 yang dijangka mengalami nasib yang sama, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Abdul Rahman Yusof.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah memikirkan bebanan rakyat yang terpaksa menanggung implikasi daripada kenaikan petrol terhadap barangan lain.

“Kerajaan tidak pegang janji kerana menterinya sendiri mengumumkan supaya rakyat bersiap sedia untuk menghadapi kenaikan petrol RON95 yang rata-ratanya digunakan rakyat kelas pertengahan dan rendah.
“Implikasi kenaikan petrol akan memberikan kesan yang besar kerana semua barangan keperluan dinaikkan harga. Mangsanya adalah rakyat yang terpaksa menanggung beban selain menambahkan hutang isi rumah,” kata Abdul Rahman ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam kerajaan yang acap kali menaikkan harga barangan keperluan dan petrol sedangkan gaji rakyat tidak dinaikkan.

“Pendapatan rakyat tidak dinaikkan, tetapi yang naik harga barang keperluan. Alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi kerajaan, tapi subsidi kepada syarikat kroni seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP) tidak ditarik.

“Sekiranya mahu kurangkan subsidi, sepatutnya kerajaan kurangkan subsidi kepada syarikat kroni supaya rakyat tidak dijadikan mangsa dengan menanggung kenaikan harga. Tapi yang berlaku sebaliknya kerana kerajaan mementingkan kroni-kroni mereka,” kata beliau.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Sebelum ini kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 akan ditangguhkan sama ada berlaku kenaikan ataupun tidak sehingga selepas pilihan raya


 
Carta harga minyak petrol di negara pengeluar minyak dunia di atas bertarikh 30 Mei 2008.
Manakala di bawah ini pula ialah senarai harga minyak semasa negara pengeluar minyak dunia. Kalau bukan terkini pun, berapalah banyak beza kenaikan harga petrol di negara-negara tersebut berbanding dengan harga petrol di Malaysia?
1.United Arab Emirates - $0.37/liter/ RM1.22 seliter
2.Baharin - $0.27/liter/RM0.89/liter
3.Qatar - $0.22/liter /RM0.72 /liter
4.Kuwait -$0.21/liter /RM0.69/liter
5.Libya - $0.14/liter / RM0.46/liter
6.Arab Saudi - $0.12/liter / RM0.39 /liter
7.Iran - $0.11/liter /RM0.36/liter
8.Nigeria - $0.10/liter / RM0.33/liter
9.Turkmenistan - $0.08/liter / $M0.26/liter
10.Venezuela - $0.05/liter / RM0.16 /liter
 
 MALAYSIA?


BN dah nak bankrap, PM Tuduh Rakyat Ketagih Subsidi


Dari Malaysian Insider

Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan “candu subsidi” yang memanfaatkan kroninya.

Beberapa pemimpin PR yang dihubungi juga mendakwa kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak telah menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi.

Malah, mereka juga memberi amaran bahawa tindakan menarik balik subsidi akan menyebabkan rakyat muflis, sebaliknya kerajaan perlu menggalakkan daya saing dan mengatasi manipulasi harga barangan.

Sehubungan itu, wakil rakyat PR mengesyorkan agar pentadbiran Najib menggunakan pendekatan holistik untuk memotong subsidi, dengan menggunakan sistem penstrukturan total dan mengurangkan subsidi bagi korporat besar berbanding pengurangkan skim dinikmati golongan miskin.

Kerajaan juga perlu melaksanakan majlis gaji minimum untuk menggalakkan gaji dan menyediakan sistem pengangkutan awam lebih baik untuk mengelakkan pergantungan pada kenderaan sendiri dan mengurangkan penggurangan minyak.
Ahli Parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, penggunaan istilah “candu” oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak bagi menggambarkan pergantungan pada subsidi adalah tidak adil memandangkan pentadbirannya tidak banyak bertindak bagi mengurangkan keadaan itu.

Katanya, dalang mengakibatkan manipulasi pasaran adalah kerajaan itu sendiri dengan memberi subsidi dan geran dalam jumlah besar kepada syarikat dan kroni.

“Dan, di satu sebelah, mereka menghukum dan mengaibkan rakyat dengan mengatakan mereka ketagih pada candu subsidi, yang mana ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang mereka berikan kepada kroni-kroni mereka,” katanya.

Justeru, Dzulkefly juga menggesa kerajaan agar mempertimbangkan dasar-dasar yang diketengahkan oleh PR dalam Buku Jingga mereka di mana ia mengesyorkan penstrukturan holistik dalam sistem subsidi.

“Kami dalam PR faham bahawa pendekatannya bukan dengan mudah memutuskan subsidi… kami meminta agar diadakan penstrukturan holistik sistem subsidi.

“Cara mereka (BN) hanya sedikit demi sedikit, kaedah jangka pendek, jika mereka teruskan akan memaksa yang miskin terdedah kepada kesan ekonomi global,” kata beliau.

Dalam ucapannya di London kelmarin, Najib berkata subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Dzulkefly, wakil rakyat Kuala Selangor berkata, penarikan balik subsidi total akan menyebabkan kos-kos tidak adil ke atas kumpulan-kumpulan sensitif seperti kumpulan berpendapatan rendah.

“Ini seolah-olah dasar neokonservatif memperkayakan kroni dan kumpulan berkemampuan tetapi pada masa yang sama memangsakan kumpulan miskin.

“Tanya Najib, menerusi cara ini, bukankah ia memburukkan lagi ketidakaseimbangan pengagihan kekayaan dan ekuiti?” kata beliau.

“Mereka tidak serius dalam matlamat mereka menstruktur semula subsidi di negara ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang bersetuju dengan Najib bahawa subsidi adalah umpama “candu” kepada ekonomi Malaysia tetapi mempersalahkan kerajaan atas kegagalannya menyediakan alternatif yang betul kepada pengguna sebelum mengurangkan akses kepada “candu subsidi”.

Pua juga mendakwa pentadbiran Najib menggunakan pendekatan salah dengan memotong subsidi rakyat miskin tetapi pada masa yang sama memberikan subdisi dalam jumlah yang besar kepada sektor korporat.

“Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Najib ialah menjadikan candu ini eksklusif kepada kroni-kroni BN,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini kepada The Malaysian Insider.

Katanya, dalam usaha mengurangkan beban ketagihan kepada candu subsidi, alternatif-alternatif yang lebih baik harus diadakan seperti sistem pengangkutan awam.

“Pada peringkat sekarang, rakyat Malaysia menggunakan jumlah minyak pada amaun yang banyak, bukan kerana kita membayar harga lebih rendah berbanding dengan harga pasaran tetapi juga kerana kita tiada alternatif lain, terpaksa memiliki kenderaan kerana lemahnya infrastruktur pengangkutan,” kata Pua.

Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan pemotongan subsidi kepada korporat besar seperti Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol daripada hanya membebankan golongan miskin.

Ahli Parlimen DAP Klang Charles Santiago bersetuju dengan Pua sambil menambah, salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia pada umumnya ketagih subsidi ialah kerana kadar upah yang tidak bergerak.

Katanya, 34 peratus pekerja Malaysia memperoleh gaji bulanan di bawah garis kemiskinan RM700.

“Antara tahun 2000 dan 2010, gaji hanya mengalami kenaikan 2.6 peratus, bermakna sepanjang 10 tahun lalu, kenaikan gaji tidak bergerak dan gaji kita tidak sepadan dengan kenaikan kos,” katanya lagi.

Justeru beliau mengesyorkan agar kerajaan membentangkan rang undang-undang majlis gaji minimum ketika sesi Parlimen akan datang dan menetapkan gaji minimum antara RM1,500 dan RM2,000.

Sebagai tambahan, katanya, program bantuan tunai seharusnya dilaksanakan untuk melengkapkan peranan majlis itu, menyasarkan kumpulan miskin dan mereka yang berpendapatan bawah RM1,000 setiap bulan.

“Akhirnya, perlu ada usaha besar di pihak kerajaan untuk mengurangkan rasuah di mana kerajaan kehilangan wang dalam jumlah yang banyak, memotong perbelanjaan besar seperti subsidi korporat-korporat besar dan mengawal aliran keluar wang haram,” katanya lagi.

Katanya, jika kerajaan mahu mengurangkan manipulasi pasaran dan menggalakkan saingan, ia seharusnya menggunakan pendekatan yang sama ke atas syarikat-syarikat besar seperti IPP dan pemegang konsesi tol.

“Biar mereka bersaing di ekonomi global. Mereka juga seharusnya berdaya saing… jika mereka tidak boleh melakukan, maka sesuatu yang menyedihkan,” katanya lagi.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan tidak harus menghukum rakyat atas ketidakupayaannya mengimbangkan bajet menerusi pemotongan subsidi, yang diperlukan oleh kumpulan sasaran.

Katanya, ketika ekonomi berada dalam kedudukan baik antara 2003 dan 2008, kerajaan telah gagal untuk memotong perbelanjaan, sebaliknya mengadakan projek-projek infrastruktur besar, sekali gus menyebabkan defisit bajet meningkat saban tahun.

Kata Adun Selangor ini, kerajaan tidak seharusnya mempersalahkan rakyat atas kelemahan mereka dan kegagalan melaksanakan strategi menggalakkan pertumbuhan yang dinamik ekonomi.

“Rakyat menderita ekoran inflasi yang tinggi, tiada gaji minimum, harga hartanah pula melambung… jadi mengapa membebankan rakyat,” katanya.

@CakapsoSial : kalau nak bankrap tu jangan pulak nak cakap rakyat ketagih subsidi pulak, kalau tak bankrap, apesal tarik balik subsidi ? Ini bukan saja subsidi diesel, subsidi nelayan pun mau tarik ka ? Menteri kewangan ohh menteri kewangan. Mana duit rakyat semua pergi ? kau pulak sebuk bercuti kan ? Kalau tak boleh urus hal kewangan, jangan jadi pengurus wang ! Buat susah rakyat saja !

CakapsoSial [CsS]

Thursday, 19 May 2011

Bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 ?


Dari MalaysiaKini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkam Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan sebelum Ogos ini bersandarkan tindakan Umno-BN memperhebatkan usaha mengaibkan beliau khususnya dengan menyebarkan video lucah fitnah.

“Saya boleh kata sebelum Ogos (bulan Ramadan). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa,” kata Anwar. (ANGGARAN SAHAJA)

Ramadan akan bermula awal Ogos ini manakala sambutan Aidilfitri dijangka awal September disusuli dengan musim menunaikan haji. Ini bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Kepimpinan Umno dilaporkan bersubahat dengan gandingan Datuk T untuk mengaibkan Anwar dengan menyebarkan video lucah yang merakamkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu. Video itu kemudian dimuatnaikkan di Youtube dan ratusan ribu gambar dari rakaman itu dicetak serta diedarkan di seluruh negara.

CakapsoSial : Datuk T sebelum ini pernah kata, jika mahu video selamat, Wan Azizah harus melepaskan jawatannya. (Apa kaitan Wan Azizah dengan Video tersebut ?) Namun, video tersebut tetap dimuat turun dalam You Tube sebelum PRN Sarawak. (Apa motif ia tetap dimuat turun lagi-lagi dekat dengan PRN Sarawak hari tu ? Alih perhatian ?) =D

Anwar menafikan beliau adalah pelaku dalam video itu dan membuat laporan polis. Beliau juga bersetuju supaya kes itu disiasat menerusi hukum Qazaf sebagaimana yang disarankan oleh beberapa mufti termasuk mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail masih belum mengambil tindakan terhadap Datuk T yang merangkumi Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka sebelum ini mengakui menayangkan video itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu dan mengugut Anwar supaya berundur dari arena politik jika tidak mahu video itu disebarkan.

CakapsoSial : Disuruh buat siasatan menerusi hukum Qazaf, tak mahu pulak. Yang pergi sumpah-sumpah pakai Mubahalah dan Li'an tu kenapa ? (Salah tu cara sumpah, tak kenal hukum, pegang Al-Quran terbalik, sumpah punya sumpah tu dah kira settle masalah lah ?)

Anwar memberitahu Malaysian Insider bahawa berasaskan perkembangan semasa, beliau menjangka Najib tidak akan menunggu terlalu lama untuk mengadakan pilihanraya umum sungguhpun mandat kerajaan pimpinannya hanya berakhir April 2013.

Malah, Najib dan pemimpin parti komponen sudah pun membuat beberapa kenyataan yang mencerminkan rasa terdesak untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan memaksa Anwar berundur dari politik dalam cubaan merampas balik majoriti dua pertiga.

Dengan persetujuan Najib, Presiden MCA Chua Soi Lek mengumumkan partinya tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ia ditolak oleh pengundi Cina sebagaimana yang berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu. Najib berkata pengundi Cina harus memandang serius ugutan MCA itu jika tidak mahu melemahkan perwakilan Cina dalam kerajaan.

Pada masa sama, Najib juga menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana, menurut Najib, penyertaan parti Islam itu dalam gagasan pembangkang hanya menguntungkan DAP yang menjadi seteru utama MCA.
isu DAP peralat PAS tidak berkesan di Galas
Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS

CakapsoSial : Tak dapat kacau PKR, kacau DAP dengan PAS tu kenapa ? Lainlah kalau berita dan fitnah yang dikeluarkan tu betul dan sahih. Ini tidak, semuanya fitnah semata-mata nak jatuhkan pembangkang. Eh, pembangkang ni apalah sangat nak lawan BN kalau BN tu teguh, amanah, cekap dan saksama ? Takut ke kalau BN jatuh PRU13 ni ?

Kalau setakat omong kosong BN, memang rakyat dah lali dan bosan. Cubalah bagi peluang pihak lain pulak tadbir, kalau tak puas hati. Boleh tukar next PRU. Apa susah ? Bukankah negara kita ni Demokrasi ? Apa itu Demokrasi kalau hanya sebelah pihak yang melakukan segala tugas mentadbir, memerintah, menghukum, mengawal media ? Mahkamah pun sebelah pihak. Apa kes ni ?

CakapsoSial [CsS]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...